Make your own free website on Tripod.com

Latarbelakang

 

 

Mohd Noor Mat Amin bertugas sebagai jurufoto di akhbar Kumpulan Utusan sejak September 1993. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Menjadi jurugambar sambilan di akhbar Berita Harian pada tahun 1986. Bermula tahun 1987 beliau telah menjadi ahli Seni Foto Terengganu hingga sekarang.

 

Selepas itu mengikuti kursus di Pusat Latihan Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Baru untuk mendalami ilmu fotografi ke peringkat yang lebih tinggi. Menyertai Berita Harian sebagai jurugambar sambilan (1988-1989), kemudiannya di Bernama diikuti Kumpulan Utusan pada tahun 1993 hinggalah sekarang ini. 
Sejak di bangku sekolah lagi, beliau aktif dengan Persatuan Pengakap sekolah menyertai kursus Ilmu Ikhtiar Hidup anjuran Utan Bara Adventure Team(UBAT) di sekitar Gunung Putung Asap, Ulu Cheh Bukit Gantang Perak (1994), XPDC 4WD Genting Kijal (1994), First Asian Cross Country Rally (Malaysia-Thai-Laos 1995), JAMBOREE 4WD (1995).


Dalam Projek Malaysia-Everest 97 mengikuti latihan mendaki gunung salji di Himalaya, Khullu-Manali di utara India (1996), Ekspedisi Pra Everest ke Gunung Chaukhamba II, di utara India dan ekspedisi ke Gunung Everest (1997).

 
Beliau menjadi jurufoto pertama di dunia yang berjaya memproses filem warna secara manual di paras kertinggian 17,500 kaki daripada paras laut iaitu di Everest Base Camp ketika dalam ekspedisi negara. Dalam cuaca yang sejuk, semua negatif yang diproses itu discankan ke dalam komputer sebelum dihantar ke pejabat Utusan di Kuala Lumpur melalui telefon satelit.

Ini menyebabkan ramai pendaki profesional dunia yang berkampung di Everest Base Camp terperanjat bila melihat jurufoto dari Malaysia dengan memproses filem secara manual walaupun keadaan cuaca amat sejuk sekali dimana mereka tidak pernah melihat sebelum ini. 


Turut mengakui kejayaan ini ialah ketua ekspedisi Britain yang telah membuat ekspedisi setiap tahun sejak 10 tahun yang lalu, mereka amat terkejut dan kagum sekali apabila ada anak Malaysia yang telah berjaya melakukannya dengan begitu cemerlang sekali walaupun dengan peralatan yang serba kerkurangan.


Sepanjang menjadi jurufoto, beliau pernah memenangi perandingan fotografi termasuklah mendapat hadiah saguhati pertandingan fotografi golf terbuka Malaysia pada tahun 1994 dan 1995, Anugerah pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1997. Anugerah penulis berita dan rencana Bahasa Malaysia terbaik tahun 1997 (Institut Akhbar Malaysia), mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Fotografi Sukan Komanwel 98. Menerbitkan buku JEJAK KE PUNCAK tahun 2001.